1.Seni
Cahaya
Fotografi boleh didefinasikan sebagai satu proses rakaman cahaya.Kualiti
sesuatu gambar itu bergantung kepada ketelitian kita dalam memilih cahaya yang
baik. Banyak jenis cahaya yang boleh diperolehi dari matahari,tetapi kadangkala
kita terpaksa menunggu untuk mendapatkan satu cahaya yang berkualiti untuk
gambar kita.
Potret
dibawah sinaran matahari
(a)
Kekuatan cahaya sebegini akan menghasilkan bayang-bayang yang jelas kelihatan
di bawah hidung dan mata subjek.Bayang bayang ini amat mengganggu pemerhatian
kita.
(b)
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menubah posisi subjek
ke tempat yang redup,dimana subjek tidak lagi diterangi oleh cahaya matahari
tetapi subjek akan diterangi oleh cahaya yang terpantul dari langit.
(c)
Cahaya dari langit amat luas dan ia nya tersebar.Cahaya yang tesebar tidak akan
menghasilkan bayang bayang yang jelas.
(d)
Katakan kita hendak mengambil gambar subjek dihadapan OBJEK yang disinari oleh
cahaya matahari yang terik,kita tak perlu la mengubah posisi SUBJEK ini kerana
OBJEK yang terkena sinaran matahari tadi telah memantulkan cahaya yang baik
untuk SUBJEK kita.
(e)
Kita akan dapat pencahayaan yang baik jika kita rajin menunggu,lihat perubahan
matahari dan kesan sinaranya.Selalunya waktu awal pagi dan waktu senja adalah
waktu yang amat menarik dan cahaya nya cukup seimbang antara SUBJEK dan
BACKGROUND
(f)
Bagi fotografer professional yang sentiasa mengejar masa,mereka akan
menggunakan REFLECTOR untuk memantulkan cahaya pada SUBJEK.Pembantu fotografer
yang selalu pegang reflector ini.Mereka juuga meletakan REFLECTOR bewarna
perak,emas atau putih dibawah SUBJEK untuk membantu lagi pantulan cahaya Ke
arah SUBJEK,lantas mengurangkan bayang bayang.
(g) Ada
juga yang dipanggl Cahaya tiruan.Apabila kita menggunakan FLASH dan dihalakan
ke SUBJEK,ianya akan membesarkan lagi kawasan pencahayaan itu.Cahaya dari FLASH
akan mengisi dan mengurangkan bayang bayang pada SUBJEK.Proses ini dikenali
sebagai FILL FLASH.
(h)
FLASH elektronik mempunyai sama warna seakan akan matahari sekitar waktu
tengahari.Jika kita menggunakan FLASH pada waktu ala pagi atau senja,hasilnya
seperti tidak asli.Profesional mengatasi masalah ini dengan memasang GEL
bewarna dihadapan FLASH.
Setting & Control
Tidak
ada setting dan control yang ditetapkan.Ia berubah mengikut kreativiti dan
keadaan.
Tetapi
ini hanya sebagai Panduan
I.
Histogram
•
Histogram ialah salah satu cara untuk menentukan Imej yang dirakam mempunyai
EXPOSURE(dedahan cahaya) yang cukup atau pun tidak.Kita tak perlu bergantung
pada LCD kamera yang mungkin tidak tepat.
•
Histogram mempamirkan secara digital maklumat dan data Imej yang dirakam.
• Ianya
terdiri dari graf piksel berdasarkan kecerahan
• Jika
imej yang dirakam itu gelap,Gambarajah pada graf akan lebih tertumpu pada
sebelah kiri manakala jika imej yang dirakam itu gelap gambarajah akan lebih
tertumpu pada sebelah kanan.
• Imej
yang cukup pencahayaanya akam mempunyai graf yang sekata dimana tiada lebihan
tertumpu pada kiri dan kanan graf.Graf akan menunjukan seakan sebuah bukit yang
mempunyai satu puncak sahaja ditengah.
• Jika
imej yang dirakam itu menunjukkan lebihan pada kiri atau kana graf,eloklah kita
membetulkan nilai APERTURE & SHUTTER kita.Bagi yang tiada fungsi
ini,gunakanlah EV seperti yang telah dibincangkan.
•
Kebanyakan kamera sekarang sudah mempunyai fungsi histogram yang akan muncul di
LCD anda sebelum anda merakam imej.Ini sangat membantu.
II.
Burst Mode
•
Fungsi yang membolehkan kita merakam imej dalam kuantiti yang banyak hanya
dalam sesaat.
•
Fungsi ini elok digunakan untuk merakam SUBJEK yang bergerak. Supaya tidak
terlepas saat saat yang beharga,Terutamanya acara sukan.
•
Apabila fungsi ini diaktifkan,kamera akan merakam imej SUBJEK dalam kelajuan 3
hingga 5 imej per saat.Laju bukan? Kamera dSLR mempunyai kelajuan yang lebih
tinggi sekitar 9 imej sesaat.
III.
Fungsi kawalan Manual,Aperture Priority dan Shutter Priority
• Dail
kawalan MANUAL, APERTURE PRIORITY dan SHUTTER PRIORITY terletak diatas kamera.
Dail ini tertera A/S/M pada kamera Olympus dan Nikon. Berlainan pada canon
Av/Tv/M. Av untuk fungsi APERTURE PRIORITY dan Tv untuk fungsi SHUTTER
PRIORITY.
•
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, fungsi APERTURE PRIORITY adalah
untuk mengawal bukaan Lensa dan fungsi SHUTTER PRIORITY adalah untuk mengawal
berapa lama SHUTTER dibiarkan terbuka.Faham tak setakat ini?
•
Fungsi kedua dua ini mempunyai hubungkait untuk menghasilkan imej yang
berkualiti
• Pada
fungsi otomatik, Kamera akan menentukur sendiri gabungan nilai APERTURE dan
SHUTTER SPEED dan kadang kadang fungsi otomatik ini tidak memberikan hasil
mengikut apa yang kita inginkan.Disinilah fungsi APERTURE PRIORITY dan SHUTTER
PRIORITY diperlukan.
• Kita
sendiri akan mengawal nilai APERTURE bila kita menggunakan fungsi APERTURE
PRIORITY manakala kamera akan mengubah nilai SHUTTER SPEED mengikut kesesuaian
nilai APERTURE yang kita tentukan.Begitulah sebaliknya.
• Dalam
fungsi APERTURE PRIORITY Apabila kita menggunakan nilai APERTURE yang tinggi
seperti f8 atau f10,ini bermaksud bukaan lensa adalah kecil. Ini akan
menyebabkan kamera memilih nilai SHUTTER SPEED yang amat rendah. Keadaan ini
agak rumit sedikit jika kita mempunyai tangan yang bergetar atau jika kita
tidak menggunakan tripod imej yang terhasil kemungkinan besar akan kabur.
IV. Kawalan ISO
- Terma
ISO ini dibawa dari era kamera filem. Filem yang digunakan diklasifikasikan
mengikut kelajuan filem iaitu nilai kepekaan filem terhadap cahaya.
- Sekarang,
terma ISO masih lagi diguna pakai dan membawa maksud dan kegunaan yang sama
Cuma ianya diaplikasikan ke sensor digital
- Kita
kadang kadang menghadapi masalah untuk mengambil gambar dalam keadaan sekitaran
yang gelap,jika gambar yang diambil itu pasti akan kabur dan gelap.Disinilah
peranan ISO berfungsi,Cuma dengan meningkatkan nilai ISO dan seterusnya kita
mampu meningkatkan nilai APERTURE dan nilai SHUTTER SPEED.
- ISO
memberikan kita kebebasan dan kemampuan untuk merakam imej di dalam keadaan yang
gelap dan pencahayaan yang tidak sekata.
-
Kekurangan ISO ini terletak pada nilainya. Semakin tinggi nilai yang kita
tetapkan semakin banyak NOISE yang terhasil.
- NOISE
adalah biji-bijian yang terhasil pada imej yang dirakam. Juga dalam bentuk
piksel halus yang bewarna yang tidak sepatutnya berada didalam imej.
-
Rakamlah imej dalam beberapa nilai ISO yang berlainan dan perhatikan yang mana
satu boleh diterima.
Komposisi
Asas
Selain
EXPOSURE(Pencahayaan) dan FOCUS yang baik,pemilihan komposisi juga memainkan
peranan dalam menghasilkan imej yang berkualiti.Berikut ialah cara cara yang
mudah sebelum kita menentukan komposisi.
I. FILTERING
-
Filtering atau dalam bahasa Malaysia bermaksud penapisan.
- Ramai
yang terlepas pandang konsep ini.
-
Konsep ini sebenarnya mudah seperti “tolong alihkan pasu di belakang” atau
kekiri sedikit”.
-
Apabila kita melihat melalui VIEW FINDER ,tanyakan diri anda samada
imej itu terlalu berserabut atau ada sesuatu yang tak kena.
-
Selalunya gambar yang bagus hanya mempunyai satu idea iaitu tiada gangguan
selain subjek.
-
Alihkan subjek atau ubah latar belakang dan pastikan tiada unsur unsur lain
yang boleh mengganggu subjek.
-
Fotografi semuanya tentang komunikasi,Cuba sematkan dalam ingatan kita apa
tujuan dan mengapa kita merakam imej itu.Sesuatu yang perlu disampaikan pada
para penonton atau untuk diri kita sendiri.Baru dikatakan komunikasi yang
berkesan.
-
Ingat! Ketepikan mana yang tak perlu
II. FRAMING
- Mata
kita merupakan Kurniaan ALLAH yang amat menakjubkan.Bila kita lihat pada OBJEK
dengan sepenuhnya dan dengan itu hampir setiap benda di sekeliling kita seakan
akan tidak wujud.Hanya OBJEK itu sahaja didalam Pemerhatian kita.
-
Kamera tidak mempunyai ciri ciri sebegini.
-
Jurugambar amatur selalunya hanya memberikan tumpuan hanya pada SUBJEK yang
ingin dirakam. Ya,ia memang begitu dan langkah seterusnya yang patut diikuti
ialah dengan memerhatikan keadaan sekeliling juga.
-
Perhatikan keadaan sekeliling samada ia mempunyai hubungkait dengan SUBJEK atau
tidak. Ini kerana kemungkinan elemen elemen dari luar akan memberikan impak
yang lebih berkesan pada SUBJEK.
-
Pernah hadapi situasi begini,setelah gambar yang kita rakam dicuci.”eh bila
masa pulak ada orang lalu kat depan ni?” mesti pernahkan?. Ini kerana kita
tidak begitu berhati hati dalam memerhatikan keadaan sekeliling. Jangan ulangi
kesilapan itu.
III. BALANCE-THE ART OF COMPOSITION
-
Kebanyakan kursus seni dan rekacipta mengetengahkan kepentingan
BALANCE(keseimbangan).
- Ini
hanyalah sebagai panduan untuk menghasilkan gambar yang berkualiti
(a) VISUAL WEIGHT
-
COMPOSITION keseluruhanya ialah memastikan elemen elemen didalam imej tampak
seimbang
- Untuk
mendapatkan keseimbangan ini,Pastikan imej yang akan dirakam itu mempunyai
VISUAL WEIGHT.
-
Perhatikan Corak,tekstur atau kecerahan yang mana akan membuatkan imej itu
menjadi tumpuan.
-
Seperti contoh; sekuntum bunga merah berlatarbelakangkan pokok hijau yang
gelap.sudah tentu mata kita hanya akan tertumpu pada bunga itu. contoh ini
menunjukan imej ini mempunyai VISUAL WEIGHT yang terhasil disebabkan warnanya
yang kontra.
(b) BALANCING ACT
- Untuk
menghasilkan gambar yang seimbang, kita haruslah mengubah posisi SUBJEK itu
berdasarkan VISUAL WEIGHTnya
- Kita
ambil contoh keadaan seperti ini ; imej yang kita rakam itu mempunyai elemen
lain yang terang,dan berada di hujung FRAME. Elemen yang terang ini akan
menarik mata kita untuk memandangnya. pemerhatian kita teralih dan terganggu
oleh elemen ini. Dan ini dikatakan imej yang tidak seimbang
- Jika
kita berubah dari kedudukan asal dan merakam semula imej tersebut dan
memastikan elemen yang terang itu berada di tengah,sudah tentu mata kita akan
tertumpu di tengah.Ini dikatakan imej yang seimbang.
>(c)
TYPES OF BALANCE
1) SYMMETRICAL
-
Keseimbangan yang paling asas.
-
Dimana elemen yang mempunyai VISUAL WEIGHT tadi berada di tengah tengah gambar.
-
Elemen ini mempunyai keseimbangan yang ketara.
-
apabila subjek berada diatas air. Maka akan terhasil imej yang nyata dan tidak
nyata pada permukaan air itu dari tindakan pembiasan,Ini juga dikenali sebagai
SYMMETRICAL BALANCE
2) ASYMMETRICAL
-
Elemen yang mempunyai VISUAL WEIGHT tadi berada di luar titik tengah.
-
Elemen ini tidak semestinya mempunyai hubungkait dengan pembiasan cahaya.
3) RULES OF THIRD
-
Panduan yang berguna apabila kita ingin merakam SUBJEK yang berada di luar
kawasan titik tengah.
- RULES
OF THIRD ini juga dikenali sebagai RO3.
-
Mempunyai 3 garis lintang dan 3 garis menegak,dimana untuk menghasilkan imej
yang seimbang,kita bolehlah memastikan SUBJEK berada pada mana mana antara
titik yang bersentuhan yang terhasil dari garis garis ini.
4)
LEADING LINE
-
Deretan pokok, sungai, jalan raya, pagar, bayang bayang, tali dan bermacam
macam lagi yang bersambungan.
-
LEADING LINE ini tidak akan terhasil jika kita tidak berhati hati dalam
menghasilkanya.
-
Garisan ini seharus nya membawa kita ke SUBJEK atau dari SUBJEK
-
Pastikan sudut ketika merakam gambar itu sedikit kreatif dan bersesuaian.
-
Mulakan LEADING LINE ini dari satu sudut imej akan memberikan impak yang
cantik.
5)
GOLDEN SECTION
TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR
1.
Waktu malam dan cahaya yang samar
- Ingat
3 perkara ini
I. FLASH
a.
Jangan nyalakan FLASH,sebaliknya gunakan EXPOSURE yang lama.Jika mempunyai mode
MANUAL,dan ubahlah setting APERTURE pada bukaan kecil dan SHUTTER SPEED yang
panjang.Bagaimana jika tiada fungsi MANUAL? Jangan risau, kamera kita masih
mempunyai fungsi NIGHT MODE. Walaupun pengawalan keatas fungsi ini terhad,ia
tetap membantu.
II. TRIPOD
a.
Gunakan tripod. Ini kerana apabila kita menggunakan SHUTTER SPEED yang panjang
atau kita menggunakan NIGHT MODE ia boleh mengakibatkan gambar yang kita rakam
itu kabur.Jadi penggunaan TRIPOD amatlah digalakkan. Boleh juga bersandar pada
dinding atau pokok kalau kita terlupa nak bawa TRIPOD
III. TIMER
a.
Walaupun TRIPOD sudah dipasang pada kamera, jari kita juga mampu untuk
menggoyangkan kamera dan kemungkinan gambar yang dirakam itu akan kabur. Kita
boleh elakkan ini dengan mengaktifkan fungsi TIMER.atau PEMASA
-
Penetapan KAMERA
I. APERTURE
a. Guna
nilai APERTURE yang kecil atau bukaan APERTURE yang besar( ingat nilai dan
bukaan adalah satu benda yang berbeza)
b.
Apabila kita menggunakan nilai APERTURE yang kecil, ia akan membenarkan lebih
banyak cahaya akan masuk. Ini penting kerana cahaya amat kurang pada waktu
malam.
c.
Pilih fungsi Av atau MANUAL pada kamera anda untuk mengubah nilai
APERTURE.Bukaan APERTURE yang paling besar untuk kebanyakan kamera digital
kompak ialah f2.8.
II. ISO
a. ISO
kamera menyukat kepekaan cahaya
b. Nilai
ISO yang tinggi akan menyebabkan kamera lebih peka kepada cahaya dan akan
menghasilkan GRAIN(biji-bijian) yang dipanggil NOISE(kebisingan)
c. Jika
kamera kita membenarkan kita untuk mengubah nilai ISO, ubahlah pada ISO yang
paling rendah untuk menambahkan lagi perincian pada gambar.
III. SHUTTER SPEED
a. Oleh
kerana kita tidak menggunakan FLASH, SHUTTER SPEED akan ditetapkan pada
kelajuan yang panjang ini untuk membolehkan lebih cahaya masuk.
2.
Gunakan FLASH anda ketahap maksima
-
Kamera kita mempunyai FLASH terbina dalam yang boleh digunakan dalam pelbagai
cara kreatif
-
Digunakan untuk membekalkan pencahayaan yang secukupnya apabila keadaan
sekeliling malap.
- Tahap
kecerahan ditentukan oleh penetapan pada kamera itu sendiri apabila nilai
APERTURE dan SHUTTER SPEED dipilih. Dan kebanyakan kamera akan mengaktifkan
FLASH apabila difikirkan perlu. Kebiasaanya apabila SHUTTER SPEED jatuh pada
tahap selamat (iaitu keadaan dimana nilai SHUTTER SPEED yang panjang dan boleh
mengakibatkan gambar yang dirakam kabur) sekitar 1/30 sec.
-
Kamera yang canggih juga akan dapat mengesan keadaan dimana apabila seseorang
itu dikelilingi oleh cahaya-cahaya di belakang seseorang itu contohnya,FLASH
akan diaktifkan untuk mencerahkan bahagian yang gelap itu dan ini dipanggil
FILL in FLASH.
-
Walaubagaimanapun terpulang pada daya kreatif kita untuk memilih jenis jenis
FLASH yang tersedia ada didalam kamera kita.
Antara
jenis jenis FLASH itu ialah
a.
FLASH on- Boleh digunakan apabila kita mahu FLASH sentiasa aktif di setiap gambar
yang dirakam.
-
Seperti contoh abila kita merakam gambar seseorang yang berada di bawah cahaya
matahari yang terik dan matahari sedikit kebelakang,sudah tentu cahaya lebih
tertumpu pada bahagian belakang orang itu dan bahagian hadapan sedikit gelap. apabila
kita menggunakan FLASH ketika ini; kita akan memberikan cahaya pada hadapan
orang itu dan ini akam membuatkan gambar yang dirakam itu kelihatan lebih elok
dan menarik.(masih ingat FILL in FLASH?)
- Ia
juga boleh digunakan untuk menghasilkan kilauan pada mata sesorang.teknik ini
dikenali sebagai CATCH LIGHT.
-
Mengurangkan bayang bayang pada bahagaian bawah hidung dan mata seseorang
b. FLASH AUTO
- satu
penggunaan FLASH yang ringkas dan mudah.
c.
FLASH off
-
Diperlukan ketika merakam gambar matahari terbenam atau merakam gambar bagunan
yang bercahaya pada waktu malam
- Dalam
kebanyakan keadaan, kamera mentafsirkan bahawa keadaan cahaya kurang dan ia
akan mengaktifkan fungsi FLASH kepada AUTO. Keadaan ini sesuai jika SUBJEK yang
ingin dirakam itu berada 2 atau 3 meter dari kita, tetapi bagaimanapula dengan
SUBJEK matahari tenggelam dan bangunan yang jauh itu? Jadi penggunaan FLASH
ketika ini tidak diperlukan.(sila rujuk kembali teknik mengambil gambar pada
waktu malam)
d. RED eye REDUCTION
-
Membantu untuk mengurangkan kesan RED EYE
- Kesan
RED EYE ialah disebabkan cahaya FLASH mencerahkan saluran darah pada mata dan
cahaya ini terpantul semula dan menghasilkan mata seakan akan PONTIANAK.takut
tak?
- Sama
juga keadaanya kepada kucing yang comel dan anjing tetapi hasilnya berlainan
sedikit dengan mata yang bewarna hijau dan besar.
- Kesan
ini juga boleh dikurangkan dengan menjauhkan sedikit jarak kamera dan SUBJEK.
Tetapi jarak liputan FLASH akan berkurangan.
-
Walaupun kesan ini tidak boleh dielakan apabila FLASH dinyalakan tetapi ia
boleh dikurangkan dengan mengubah saiz anak mata supaya kesan kemerahan ini
boleh dikurangkan.
-
Caranya ialah dengan membiaskan mata dengan cahaya yang terang supaya anak mata
itu mengecil. Ini dilakukan dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan
menggunakan lampu selama beberapa saat sebelum gambar diambil.
-
Ataupun kita boleh meminta SUBJEK untuk melihat cahaya pada Telefon bimbit atau
pemetik api terlebih dahulu.
e. SLOW SYNC
-
Jurugambar menggunakan fungsi ini untuk kebebasan berkreatif
- Ia
akan memancarkan cahaya dari FLASH dengan menggunakan SHUTTER SPEED yang
panjang
- Bagus
untuk merakam gambar matahari tenggelam dan apabila kita mahu keadaan suasana
di hadapan kelihatan cerah juga.
-
Sesuai juga untuk merakam gambar kereta atau motorsikal yang sedang bergerak
dan latarbelakang yang kabur
3.
Merakam Imej yang bergerak
-
Pelbagai situasi yang kita boleh tentukan untuk merakam imej yang bergerak
-
Samada ahli sukan sedang berlari menuruni bukit atau burung yang sedang
menyambar ikan di sungai
- Kita
boleh tentukan hasilnya mengikut kretiviti kita sendiri
a.
Membekukan pergerakan
- jika
kita ingin membekukan imej subjek yang sedang bergerak,kita perlu menggunakan
SHUTTER SPEED yang singkat(laju)
-
sekurang kurangya saya akan menggunakan SHUTTER SPEED 1/300 untuk membekukan
imej keseluruhanya
-
adakalanya imej subjek yang ingin dirakam itu sangat laju seperti kereta
lumba,dan kita harus menggunakan SHUTTER SPEED yang lebih tinggi seperti 1/1000
- ini
tidak akan menjadi masalah kerana kebanyakkan kamera sekarang mempunyai SHUTTER
SPEED yang laju sehingga 1/8000
b.
Pergerakan Kabur untuk keseluruhan pemandangan
- Jika
kita ingin menghasilkan gambar yang kabur yang menunjukkan kelajuan sebuah
kereta itu,haruslah kita menggunakan SHUTTER SPEED di bawah 1/100.
-
Teknik ini amat berhasil apabila kita lakukan ia ketika latar belakangya mempunyai
cahaya dari pelbagai warna
- Ia
juga sesuai ketika di mengambil gambar alam semulajadi,pokok yang sedang ditiup
angina dan air sungai yang sedang mengalir deras.
-
Kombinasi kabur dan permainan warna akan menghasilkan gambar seolah olah ianya
dilukis.
c.
Panning
- Imej
yang hanya kabur di bahagian belakang tetapi SUBJEK tidak kabur
-
Teknik ini amat rumit dan memerlukan kesabaran dan kemahiran.
-
Menggunakan SHUTTER SPEED yang panjang dan menggerakkan kamera mengikut
pergerakan yang sama seperti SUBJEK
-
Apabila dilakukan dengan betul ia akan menghasilkan imej SUBJEK yang jelas dan
imej BACKGROUND yang kabur,ini seolah olah menonjolkan pergerakan sesuatu
SUBJEK itu.
-
Latihan perlu untuk menguasai teknik ini
-
Gambar yang mengaplikasikan teknik ini selalunyai memenangi pertandingan
fotografi
d.
Pergerakkan kabur hanya untuk subjek sahaja
-
Selalunya diaplikasikan ketika waktu malam dengan kombinasi cahaya dari lampu
kereta dan sebagainya.
- Kita
sudah pastinya selalu melihat gambar yang merakam hanya satu garisan cahaya di
atas jalan.
- Perlu
menggunakan TRIPOD ini kerana kita menggunakan SHUTTER SPEED yang lama
4.
Gambar potret yang bagus
- Kita
semua boleh merakam imej potret Cuma yang membezakanya ialah cantik atau tidak.
-
Bagaimanapula nak menghasilkan gambar potret yang berkesan?
a. Apa
itu potret?
-
Potret menggambarkan fizikal SUBJEK terutamanya pada bahagian muka.
-
potret yang baik tidak hanya menggambarkan keadaan fizikal sesorang itu malah
ia juga mencerminkan sifat dan karakter .
b.
Pendedahan Karakter
-
Potret yang baik sekurang kurangnya mendedahkan satu elemen personality SUBJEK.
-
Antaranya perangai, tabiat pelik atau keadaan yang membezakan SUBJEK itu dengan
yang lain.
- Mungkin
ramai juga antara kita sebelum ini telah mengambil imej bapa,emak, adik,
kekasih kita dan menganggap gambar itu sudah cukup baik. Benarkah?
-
Sebenarnya kita hanya mengambil gambar SUBJEK yang hanya menunjukkan keadaan
fizikal,bagaimana pula dengar sikap dan karakter SUBJEK itu?
-
Bagaimana pula jika kita mengambil gambar SUBJEK yang tidak dikenali? Ia memang
sesuatu yang mencabar.
c.
Bagaimana kita ingin mendedahkan Karakter?
- kita
semua menonjolkan dan meluahkan perasaan dengan cara yang berbeza. Dan ada
diantaranya meluahkanya dengan cara yang samar samar.
- Kita
perlu memahami SUBJEK dengan memerhati cara SUBJEK
bertindak,sikap,reaksi,ekspresi, pergerakan badan dan sebagainya. Dari sini
kita boleh menentukan bagaimana cara yang terbaik untuk merakam SUBJEK.
-
Komunikasi yang berkesan membantu kita dalam menghasilkan Potret yang baik
-
Berbual dengan SUBJEK tentang hobi, berita terkini atau apa apa pun
-
Komunikasi akan membuatkan SUBJEK lebih tenang dan rasa tidak terganggu. Sudah
semestinya imej yang bakal dirakam itu nanti nampak lebih natural.
- Cuba
cari jalan untuk memastikan SUBJEK tidak rasa terganggu.
d.
Waktu yang sesuai untuk merakam potret
-
Ketika SUBJEK berada dalam kedudukan yang selesa dan apabila kita sudah
bersedia untuk merakam.
- Imej
potret tidak harus dirakam dalam keadaan kelam kabut
-
Jangan juga merakam SUBJEK ketika dalam keadaan keduanya duanya senyap.
-
Jangan sesekali menamatkan komunikasi hanya kerana kita sudah selesai merakam
imej SUBJEK. Jika sesi itu kelihatan seperti baik, teruskan dan ini akan
menambahkan keyakinan SUBJEK dan sudah tentu imej yang bakal dirakam akan
kelihatan lebih menarik.
-
Merakam imej SUBJEK ketika mereka bercakap akan menghasilkan gambar yang menarik
dan akan mendedahkan ekspresi.
-
SUBJEK tidak perlu tersenyum untuk menjadikan ianya potret yang baik.
e. Faktor yang lain
-
Banyak lagi faktor yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu potret itu. Tetapi
yang terutamanya tentulah pengawalan dari jurugambar yang menjadi asas.
- Kawal
keadaan dan bukan SUBJEK yang mengawal kita.
-
Persiapan awal harus ada.
-
Keyakinan dalam sesi dan tenang kerana sikap kita ini akan mempengaruhi SUBJEK
-
Ingat! Kita merakam potret SUBJEK dan bukan keadaan di sekelilingya
- Imej
yang dirakam haruslah mengetengahkan suasana, personality dan karakter yang
akan memberikan gambaran SUBJEK itu.
f. Lokasi
- Jika
tidak mempunyai studio, tumpukan perhatian pada potret persekitaran.
-
Ketengahkan SUBJEK dan juga keadaan sekelilingya tetapi jangan sampai
menenggelamkan SUBJEK.
-
Gunakan nilai APERTURE yang besar untuk memberi tumpuan pada SUBJEK.
g.
Pencahayaan
-
Gunakan fungsi SOFT FLASH.
-
Cahaya dari tingkap atau lampu di sekeliling.
-
Cahaya matahari mampu memberikan pencahayaan yang sempurna
- Waktu
redup memberikan pencahayaan yang sekata manakala matahari yang terik
kadangkala memerlukan kita menggunakan REFLECTOR untuk mengelakkan bayang
bayang yang keras. Ini sama seperti konsep FILL in FLASH.
5. Gambar Lanskap yang bagus
- Tempat
yang tinggi selalunya memberikan pengawalan pemandangan.Jika kamera anda
mempunyai fungsi MANUAL, gunakan APERTURE f11 atau f16 untuk memastikan
keseluruhan pemandangan adalah dalam keadaan fokus.
- Awal
pagi dan lewat petang adalah masa yang sangat sesuai untuk merakam imej
lanskap. Ini kerana pada ketika ini, sudut pencahayaan matahari adalah rendah
dan akan menghasilkan bayang bayang dan tekstur yang menarik.
-
Kebiasaanya lanskap yang menarik tidak mudah didapati di tepi jalan,sebaliknya
perancangan awal dengan membuat rujukan di laman web tentang lokasi yang
menarik adalah satu tindakan yang bijak.
- Lensa
jarak luas selalunya digunakan untuk Lanskap ini kerana ia memberikan lebih
luas pemandangan dan menghasilkan perspektif. Terdapat satu alat yang dipanggil
“WIDE ANGLE LENS CONVERTER” di pasaran. Alat ini dipasang pada hadapan lensa
untuk menghasilkan imej luas seakan akan kita menggunakan WIDE ANGLE LENS.
- Imej
lanskap akan lebih menarik jika satu elemen di hadirkan sebagai FOREGROUND
untuk menghasilkan satu kesan “jarak” atau perspektif yang menarik.Pastikan
kita guna APERTURE kecil untuk mengelak imej menjadi kabur.
-
Pastikan kita tidak lupa untuk membawa TRIPOD, ia untuk mengelakan gambar
menjadi kabur. Dapatkan TRIPOD yang ringan kerana kita akan menggunakan tenaga
untuk mencari lokasi yang lebih menarik.
- Cari
lokasi yang membolehkan kita abaikan bahagian atas dan bahagian bawah untuk
menghasilkan imej yang lebih dramatic seakan akan komposisi panorama
“LETTERBOX”
- Gunakan
POLARIZING FILTER untuk menggelapkan sikit langit dan meninmbulkan sedikit
warna pada lanskap.( FILTER ini boleh dikatakan harus ada untuk setiap
fotografi lanskap)
-
Gunakan HYPERFOCAL DISTANCE untuk mendapatkan SHUTTER SPEED yang singkat dan
DEPTH OF FIELD yang hebat. HYPERFOCAL DISTANCE membolehkan kita merakam lanskap
yang jelas dari FOREGROUND sehingga BACKGROUND. Ia lebih bagus dari menetapkan
jarak fokus lensa pada infiniti.
- Jika
kamera kita mempunyai pilihan untuk merakam gambar dalam format RAW pastikan
kita menetapkan dalam format ini selain JPEG. Format RAW sudah tentu akan
menggunakan ruang yang besar dalam MEMORY CARD tetapi ia tidak akan melakukan
perubahan pada resolusi imej seperti JPEG. Format RAW membolehkan kita mengolah
gambar pada tahap yang lebih selesa dengan menggunakan perisian seperti ADOBE
PHOTOSHOP.
- Lain
dari yang lain. Hasilkan imej lanskap anda dalam keadaan yang tidak pernah
dilihat sebelumnya. Jurugambar yang cekap boleh menghasilkan imej yang sama
seperti orang lain, tetapi jurugambar yang hebat menghasilkan imej yang unik.
Elakan imej yang sudah basi. Cuba sudut yang berlainan seperti sudut rendah.
sudut pandangan dari mata haiwan mungkin nampak lebih dramatik
-
Hasilkan gambar yang mempunyai cerita. Cari tema, frasa kata, dan sudut
penglihatan yang akan menerangkan segala galanya.
6. Fotografi Seni bina (architecture)
- Kunci
bagi imej senibina yang menarik ialah dengan memahami apa itu imej
DISTORTION(herotan) dan pemilihan waktu yang sesuai untuk merakam.
- Garisan
dinding samada melintang atau menegak kadang kadang nampak DISTORT(herot) ini
disebabkan oleh sudut yang tidak sesuai ketika merakam dan penggunaan alatan
yang tidak betul.
- Jika
kita merakam gambar bangunan yang tinggi, elakan merakam dari sudut bawah ini
kerana bahagian bawah bangunan akan kelihatan lebih besar berbanding bahagian
atas. Cari lokasi yang tinggi kalau boleh untuk sudut yang lebih baik.
-
Pencahayaan yang berbeza juga menghasilkan suasana yang berbeza. Jika bangunan
itu tidak dapat pencahayaan yang secukupnya ketika waktu siang, mungkin pada
waktu malam lebih baik cahayanya. Pastikan juga imej yang dirakam itu mempunyai
cerita yang boleh disampaikan. Seperti blok pejabat yang hanya mempunyai satu
ruang bilik sahaja yang bercahaya.
- Cahaya
tepi akan menghasilkan bayang bayang yang lebih dramatik di hadapan manakala
cahaya dari belakang pula akan menghasilkan imej siluet.
-
Kebanyakan gambar bangunan yang cantik dirakam ketika waktu malam dan ketika
masih ada cahaya sedikit di langit. Kita tidak perlukan peralatan kamera yang
mahal untuk menghasilkan imej yang cantik. Jangan lupa TRIPOD.
7. Tempat yang menarik dan sekitarnya
-
Suasana ketika Matahari terbit dan matahari tenggelam akan memberikan bayang
bayang yang panjang,pencahayaan yang unik dan bermacam macam warna yang akan
timbul.
- Jika
kita sudah memilih lokasi,pastikan kita tiba awal ketika matahari baru hendak
terbit sama juga ketika 15 minit sebelum matahari tenggelam.
-
Fotografi banyak mengajar kita erti kesabaran. Pastikan keadaan
sekeliling,lihat sekali lagi dan rakam. Tunggu sehingga orang ramai dan cahaya
yang secukupnya. Pastikan sudut yang berlainan. Kekalkan imej kita seringkas
yang mungkin untuk menarik pandangan pada SUBJEK.
- Gunakan
peraturan komposisi seperti RULES OF THIRD, GOLDEN SECTION dan sebagainya.
Berkemungkinan kita akan menghasilkan gambar yang lebih dinamik, seimbang dan
harmoni.
-
Gunakan SHUTTER SPEED yang panjang untuk menghasilkan pergerakan pada imej jika
perlu
-
Pastikan gambar yang ingin kita rakam itu menceritakan suasana tempat dan
keadaan sekitarnya.
8. Still Life ( hidupan pegun)
-
Rakaman imej jenis ini selalunya dirakamkan di ruang dalam. Kita perlukan lampu
yang baik. Tingkap selalunya memberikan pencahayaan yang cukup dari matahari.
-
Haruslah berhati hati apabila kita menggunakan FLASH terbina dalam kamera.
Semakin dekat FLASH dengan SUBJEK akan menghasilkan pencahayaan yang agak
terang. Gunakanlah tisu untuk mendapatkan pencahayaan dari FLASH yang lebih
tersebar.
- Jika
kita menggunakan cahaya dari matahari, berkemungkinan kita perlu untu
menetapkan SHUTTER SPEED pada waktu panjang. Gunakan TRIPOD dan TIMER. Jangan
lupa untuk mengimbangi cahaya dengan meletakkan sekeping kertas bewarna putih
di bahagian bertentangan untuk memantulkan cahaya.
-
Mulakan merakam gambar hidupan pegun dengan kuantiti yang kecil. Mulakan dengan
satu SUBJEK. Perhatikan bagaimana cahaya mempengaruhi SUBJEK. Tambahkan elemen
yang lain untuk komposisi yang berlainan. Teruskan dengan cara ini sehingga
kita berpuas hati.
-
Semasa merakam SUBJEK, selalu fikirkan tentang kontra warna, sifat sifat cahaya
dan tekstur.
-
Perhatikan Latarbelakang. Latarbelakang akan menghasilkan kontra warna.
Latarbelakang yang baik juga akan membantu untuk menonjolkan lagi SUBJEK. Latar
belakang yang kurang elok akan menenggelamkan SUBJEK.
- Kain
baldu hitam akan menyerap cahaya dan ianya boleh digunakan apabila kita tidak
mahu sebarang pantulan cahaya pada SUBJEK.
- Rakam
gambar yang berinspirasi. Bagaimana? Dengan meneliti jenis cahaya dan bayang
bayang. Fikirkan tentang tajuk lagu dan luahkan ia dalam bentuk gambar. Judul
buku atau pun peribahasa juga membantu.
- Jika
kita mempunyai perisian yang membolehkan kita untuk mengolah gambar, gunakan
ia. Olah mengikut konsep yang bertema.
-
Praktiskan lebih banyak tentang pemahaman komposisi dan pencahayaan. Jangan
gusar jika imej yang kita rakam tidak menjadi, sebaliknya belajarlah dari
kesilapan.
9. Makro atau jarak dekat
1)
Pilih MACRO MODE pada kamera anda
- Ramai
antara kita yang kurang peka dengan kehadiran fungsi ini. MACRO MODE diwakilkan
dengan symbol bunga kecil.
-
Terdapat dua pilihan pada MACRO MODE, samada kita memilih untuk memfokus SUBJEK
pada jarak yang begitu hampir dengan lensa atau pada keadaan biasa.
- MACRO
MODE selalunya akan mengingatkan kita bahawa pengunaan APERTURE yang besar
adalah digalakkan supaya BACKGROUND dapat dipisahkan antara SUBJEK.
2) Gunakan TRIPOD
-
TRIPOD amat berguna untuk mengelakkan gambar kita dari kabur dan membenarkan
kita mencuba pelbagai komposisi yang berlainan
3) APERTURE
-
Kebanyakan kamera tidak banyak memberikan pilihan untuk mengubah fungsi yang
lain semasa fungsi MACRO dipilih. Tetapi jika kamera kita membenarkan untuk mengubah
nilai APERTURE ia sudah cukup bagus sebenarnya.
- Dalam
topic pembelajaran kita tentang APERTURE, fungsi APERTURE ialah untuk
mendapatkan DEPTH OF FIELD. Dalam konteks ini, sila pilih APERTURE yang
besar(nilai APERTURE kecil) jika kita mahukan DEPTH OF FIELD yang besar dalam
erti kata lain hanya SUBJEK yang diinginkan sahaja dalam keadaan FOKUS atau
pilih APERTURE yang kecil(nilai APERTURE besar) untuk menghasilkan keseluruhan
imej dalam keadaan FOKUS dari FOREGROUND hingga ke BACKGROUND.
- Dalam
MAKRO fotografi selalunya APERTURE yang besar(nilai APERTURE kecil) digunakan.
4) PemFOKUSan
- MAKRO
fotografi memerlukan pemfokusan yang baik. Terutamanya ketika kita menggunakan
APERTURE yang besar dimana hanya SUBJEK sahaja dalam keadaan FOKUS.
- Jika
kamera kita mempunyai fungsi untuk mengubah jarak FOKUS secara manual, gunakan
ia untuk menentukan titik FOKUS yang agak menarik.
5) Komposisi
- Ingat
kembali undang undang dalam Komposisi seperti RULES OF THIRD dan seterusnya.
-
Pastikan imej yang akan terhasil itu nanti mempunyai titik penting yang mampu
menonjolkan SUBJEK. Pastikan juga SUBJEK itu berada pada kedudukan yang sesuai.
Latarbelakang juga memainkan peranan yang penting.
6) FLASH
- Dalam
MAKRO fotografi, pencahayaan adalah penting. Samada pencahayaan asli atau
tiruan dapat mempengaruhi suasana.
- Jika
kamera kita membolehkan kita untuk mengubah nilai kekuatan cahaya dari FLASH,
ubah lah ia mengikut kesesuaian jarak SUBJEK dan lensa.
-
Gunakan tisu dan diletakkan di hadapan FLASH untuk mendapatkan Cahaya yang
lebih tersebar.
-
Dapatkan kertas A4 atau seumpamanya untuk bertindak sebagai REFLECTOR bagi
mengimbangi cahaya.
-
Cubalah bereksperimen dengan cahaya.
7) Rakaman Imej
- Setelah
gambar MAKRO dirakamkan, pastikan kita melihat terlebih dahulu hasilnya pada
monitor LCD di belakang kamera. Pastikan imej yang dirakam itu berada dalam
keadaan jelas dan tidak kabur.
- Cuba
bereksperimentasi dengan cahaya yang berlainan, gunakan APERTURE yang
berlainan, komposisi dan titik fokus untuk mendapatkan imej yang terbaik.
8) MACRO LENS ATTACHMENT
-
Sesetengah kamera digital mempunyai aksesori yang boleh ditambah dihadapan
lensa.
- Ini
untuk membantu dalam memudahkan MAKRO fotografi. Aksesori ini akan membesarkan
imej yang akan kita rakam itu dan membolehkan kita untuk merapatkan lagi jarak
SUBJEK dan lensa
9) SELF TIMER
-
Penggunaan SELF TIMER dan TRIPOD membantu kita untuk memastikan imej yang akan
dirakam itu berada dalam keadaan yang jlas sekali. Bebas dari goyangan yang
akan menyebabkan imej MAKRO kabur.
10. Haiwan
a.
Pencahayaan
-
Pencahayaan yang menarik ialah cahaya semulajadi iaitu matahari. Jika haiwan
itu adalah haiwan perliharaan kita, seelok eloknya bawalah ia keluar dari rumah
atau sebagainya.
-
Cahaya dari tingkap juga membantu.
-
Posisikan atau ubah kedudukan haiwan itu supaya ia dapat menggunakan cahaya
dengan optimum. Cahaya dari belakang dan sedikit ke sisi adalah satu pemilihan
yang baik.
-
Elakkan dari cahaya matahari langsung. Ini kerana ia akan mengubah warna,kontra
dan tekstur semulajadi haiwan itu. Sebaliknya cuaca mendung yang terang adalah
satu pilihan juga.
-
Jangan gunakan FLASH kerana ia akan menghasilkan kesan RED EYE dan mengherotkan
bayang bayang dan perincian haiwan kesayangan kita itu. Melainkan jika haiwan
kesayangan kita itu memakai kot hitam, dan haruslah kita menggunakan flash.
b. Komposisi
- Rakam
dari aras yang sama dengan haiwan kita.
-
Jangan memaksa ia untuk mendongak melainkan kita berniat untuk merakam imej
sebegini.
-
Jangan tunggu sehingga haiwan kesayangan kita datang kepada kita, sebaliknya
kita perlu mendekatinya untuk memastikan haiwan kesayangan kita itu berada
dalam keadaan selesa. Bayangkan kita berada dalam dunia mereka. Walaupun kita
terpaksa berbaring atas rumput atau lantai sekalipun. Komposisi ini sangat
bagus apabila kita ingin merakam potret penuh.
- Rakam
seberapa imej potret yang boleh dengan menggunakan fungsi ZOOM dan cuba
pastikan potret wajah haiwan kesayangan kita memenuhi setiap ruang gambar.
-
Dapatkan bantuan rakan atau ahli keluarga untuk memegang haiwan kesayangan kita
supaya kita dapat mengubah posisi dan sudut pandangan yang berbeza.
c. Personaliti
-
Pastikan haiwan kesayangan kita berada dalam keadaan selesa. Kehadiran kamera
boleh mengganggu ia.
-
Dengan bantuan rakan dan ahli keluarga, kita boleh mengubah perhatian haiwan
kesayangan kita dan jadikan ia leka.
- Rakam
ekspresi dan karakter haiwan kesayangan kita. Jika ia gembira, cuba rakamkan
imej yang menunjukan senyuman mereka walaupun dalam versi mereka sendiri.
-
Sediakan alat mainan seperti bola atau tikus dan sebagainya. Letakan mainan ini
betul betul di hadapan kamera dan biarkan mereka mencuba untuk mendapatkanya.
Anda akan merakamkan saat yang paling baik sekali.
- Cuba
untuk menghasilkan bunyi yang akan menarik perhatian mereka.
11. Abstrak
-
menggunakan warna dan corak untuk menghasilkan imej yang tidak mempunyai maksud
sebenar. Tiada SUBJEK.
-
Mengetengahkan corak dan tekstur tidak seperti jenis fotografi yang lain yang
ada SUBJEK.
-
Menghasilkan imej abstrak adalah senang Cuma untuk mendapatkan imej abstrak
yang baik sedikit sukar.
- Cara
yang senang untuk menghasilkan imej abstrak ialah dengan menggunakan air yang
mengalir. Gunakan SHUTTER SPEED yang panjang untuk menghasilkan imej yang
seakan bergerak. Tetapi adakah imej yang akan terhasil ini akan nampak menarik?
-
Peranan cahaya amat penting, dengan keadaan matahari sedikit condong ke bawah
akan menghasilkan warna yang menarik. Gunakan perisian ADOBE PHOTOSHOP dan
seumpamanya untuk menghasilkan warna yang berlainan kemudian.
-
Merakam imej bendera yang sedang berkibar ketika ditiup angin dengan
menggunakan SHUTTER SPEED yang panjang juga akan menghasilkan imej abstrak.
-
Penuhkan ruang gambar anda.
- Imej
bunga yang diambil dengan jarak dekat dan dipenuhkan ruang gambar juga
menghasilkan imej abstak yang baik.
-
Kemana dan di mana juga kita berada, pasti ada sesuatu yang boleh kita jadikan
imej abstrak. Warna, corak dan tekstur adalah elemen utama dalam imej abstrak.
- Tiada
peraturan atau undang undang dalam menghasilkan imej abstrak. Gunakan daya
imiginasi kita bersama keadaan sekeliling untuk menghasilkan imej abstrak yang
baik